Welcome To My Page

Bismillahhirahmanirahim

Sunday, 2 September 2012

The Barakah In Hari Raya

Bila sebut Hari Raya je, mesti ramai yang tersenyum dan gembira
terutama orang yang beragama Islam malah orang bukan beragama 
Islam juga merasakan benda yang sama. Mana tak nya,  Hari Raya
merupakan 'Main Celebration' di Malaysia. Hari Raya bermaksud
sambutan selepas berjaya dalam peperangan. Peperangan ini bukan
bermaksud peperangan darah tetapi peperangan dengan nafsu,
setelah sebulan umat Islam menahan lapar dan dahaga dari terbitnya
matahari sehingga terbenamnya matahari.

Raya tahun ini merupakan tahun yang kedua saya beraya tanpa
atuk kesayangan, Hj Zulkifli bin Hj Yusoff. Kalau nak cakap pasal
meriah tu memang lah meriah tahun ni tapi tak semeriah tahun
yg atuk dgn nenek masih ada lagi. Tiap-tiap kelaurga kami akan
mengadakan photoshoot semua ahli keluarga








Inilah photoshoot 2 tahun lepas. Memang meriah, rasa macam nak kembali
ke masa yang lalu. Tp apapun, tahun jugak meriah. Beraya sana, beraya sini.
Tahun ini merupakan tahun yg pertama saya merasai betapa seronoknya
balik kampung. Saya asalnya Kelantan dan sekarang belajar di KMK ( Kolej Matrikulasi
Kedah ). Dan disebabkan KMK lah saya buat post pasal hari raya.
Lecturer yg suruh -_-. Apa pon jom tgk moment moment semasa Hari
Raya 2012

harijadi abang bersamaan hari raya kedua

No comments:

Post a Comment